Melalui laman sosial Facebook sebentar tadi, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, perjalanan penerbangan selama 13 jam ketika tiba di London bulan lalu telah menyebabkan anaknya itu terkena jangkitan.

"Mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah SWT melindungi Ainul dan kami semua," tulisnya.

Beliau dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi dalam persiapan pulang ke tanah air dan dijangka hari ini mereka sekeluarga akan berangkat pulang ke Malaysia.

"Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan Ainul sembuh dan kuat," tulisnya lagi.

Ahmad Safiuddin menambah, selepas pulang ke tanah air nanti Ainul diminta oleh doktor agar tidak terlalu didedahkan kepada orang ramai bagi mengelakkan jangkitan.

"Insha-Allah, ada rezeki bila Ainul dah betul-betul bersedia nanti, Ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua.

"Walau bagaimana pun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat Ainul!, jelasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan anaknya itu. - K! ONLINE