Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, seorang penghuni wanita berusia 60-an turut dilaporkan cedera akibat letupan tersebut.

Difahamkan, beberapa bahagian dinding di unit tersebut telah runtuh sehingga menyebabkan sebahagian serpihan konkirt jatuh ke bawah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, saksi memberitahu bahawa terdapat bunyi letupan yang dari rumah tersebut yang ketika ini belum dikenal pasti puncanya.

"Sebahagian dinding bilik telah runtuh selain kesan letupan itu menyebabkan dinding rumah bersebelahan telah retak.

"Seorang wanita warga emas turut mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung punca letupan tersebut. - K! ONLINE