"Selamat menyambut Hari Ibu. Saya harap ibu-ibu semua berada dalam keadaan sihat dan mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik," kata Mahathir menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau @chedetofficial.

Turut dilampirkan bersama catatan itu ialah klip video berdurasi 32 saat yang memaparkan Mahathir, 93, bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, 92, yang juga ibu kepada tujuh anak mereka.

Hari Ibu di Malaysia disambut setiap Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. - Bernama