Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumuman keputusan itu selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggulung perbahasan mengenai usul tersebut.

Dalam usul tersebut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menggesa agar siasatan mengenai penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan dibuka semula supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan dan segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.

"Penyiasatan semula ini bertujuan mengembalikan maruah Dewan Rakyat dan institusi-institusi negara yang sebelum ini gagal menjalankan satu penyiasatan yang adil, kompeten, berwibawa dan bebas daripada campur tangan orang-orang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata, langkah itu diperlukan kerana skandal korupsi 1MDB telah gagal disiasat dengan cermat dan tiada tindakan telah diambil oleh kerajaan lama pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan perkara berkenaan. - Bernama