RUU lain yang diluluskan ialah RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Akta Zon Bebas (Pindaan) 2018 .

Mesyuarat turut meluluskan RUU Pengangkutan Awam Darat  (Pindaan) 2018 dan RUU Suruhanjaya  Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (Pembubaran) 2018.

Selain itu, Dewan Rakyat juga meluluskan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 yang memperuntukkan RM6.22 bilion dan dibentangkan berikutan berlaku beberapa penyusunan semula kementerian selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Turut menjadi tumpuan ialah PAC yang diberi kebenaran untuk menyiasat semula skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan dapat dipulihkan serta segala maklumat dapat didedahkan kepada umum. - Bernama