Keputusan penolakan pemansuhan RUU itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran selepas undi belah bahagian yang diusulkan Senator Khairul Azwan Harun dijalankan. 

Undi belah bahagian tersebut menyaksikan hanya 21 ahli Dewan Negara yang menyokong sementara 28 menolak manakala tiga lagi tidak mengundi. 

RUU itu digulung oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin. - K! ONLINE