Katanya, ia adalah langkah awal untuk mengatasi kenaikan mendadak harga ayam yang merupakan barangan kawalan pada musim perayaan, oleh peniaga.

"Kementerian sangat maklum perkara yang disebut oleh Senator dari Johor Bahru tadi tentang trend kenaikan (harga ayam) dan langkah segera untuk 'caps' siling harga itu akan dibuat pengumuman dalam sedikit masa lagi," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ir Md Nasir Hashim yang ingin tahu tindakan kementerian untuk mengawal kenaikan harga ayam sempena puasa dan Hari Raya nanti yang menurutnya telah menunjukkan peningkatan kini, menjelang bulan Ramadan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya juga akan terus mengadakan pertemuan antara lain dengan pihak penternak ayam dan peniaga dalam usaha memahami faktor harga ternakan berkenaan dalam memberikan harga seimbang kepada golongan penternak dan pengguna. - Bernama