Pemaju induk resort tersebut, Desaru Development Holdings One Sdn Bhd berkata, kempen itu akan diadakan di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

"Lebih 4,000 pekerjaan yang berkaitan hospitaliti akan ditawarkan oleh hotel dan resort yang terkenal di dunia seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Desaru Coast Adventure Waterpark," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kempen pengambilan pekerja itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru (5 Mac); Pusat Persidangan & Acara Connexion, Bandaraya Bangsar Selatan, Kuala Lumpur (7 Mac); TH Hotel, Kota Kinabalu (12 Mac); Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (14 Mac) dan Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang, 18 Mac

Desaru Coast adalah resort destinasi bersepadu premium dan salah satu pembangunan pelancongan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia yang mewujudkan gabungan hotel dan resort yang terkenal di dunia, pusat persidangan, padang golf  27 dan 18 lubang, taman tema air dan perkampungan runcit.

Desaru Development Holdings One adalah anak syarikat milik penuh Themed Attractions Resorts (amp) Hotels Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pengambilan pekerja, orang ramai digesa layari www.desarucoast.com/careers. - Bernama