"DBKL mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan projek, termasuk jalan raya dan ruang meletak kenderaan, dan akan membatalkan projek kelab sukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Menara Ilham, di sini, hari ini.  

Katanya, sebahagian daripada projek itu masih dalam proses tender sementara sebahagian lagi belum dikeluarkan tender.

Beliau menjelaskan bahawa, keputusan itu diambil oleh pengurusan kanan DBKL dan kehadirannya pada mesyuarat CEP adalah untuk memberikan laporan mengenai keputusan itu.

"Pertama sekali, keputusan itu (pembatalan projek) dibuat berikutan peruntukan daripada bajet yang kita ada di tangan kita sudah semak semula (projek berkenaan) kerana kita mahu mengurangkan perbelanjaan DBKL," katanya.

Sebelum ini, DBKL memberhentikan sementara proses pemberian kelulusan kepada kesemua projek yang dicadangkan, begitu juga membatalkan projek mengecat semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) bernilai RM180 juta. - Bernama