Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan reman dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Penahanan itu menjadikan seramai tiga individu telah direman membabitkan kes suapan bagi projek pembekalan tersebut.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang wanita yang juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat swasta ditahan reman selama empat hari bermula Isnin minggu lalu selepas disyaki menerima rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan berperisai.

Leaki bergelar Datuk berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam manakala wanita berusia 53 tahun itu pula ditahan kira-kira pukul 11.50 malam sewaktu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu  ringgit dari beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kenderaan perisai jenis AV8 dan Adnan pada tahun 2014 hingga 2017.

Menurut sumber itu, kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.

Sumber juga memaklumkan, SPRM telah rampas beberapa beg tangan mewah dan mata wang asing di kediaman CEO berkenaan.

Wanita itu dibebaskan selepas tamat tempoh reman namun, tempoh reman lelaki bergelar Datuk itu dilanjutkan selama empat hari lagi sebelum dibebaskan hari ini. - K! ONLINE