Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan semua individu terbabit direman bermula hari ini hingga 1 September untuk membantu siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu tujuh individu itu tiba di mahkamah pukul 9.05 pagi memakai pakaian lokap SPRM warna jingga dengan tangan bergari.

Mereka ditahan antara pukul 11.30 pagi semalam hingga 10 malam tadi, enam orang PTD ditahan di JPM manakala Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan. - K! ONLINE