Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow berkata parti itu akan meneliti penjelasan yang bakal diberikan itu tetapi beliau tidak menyatakan tindakan lanjut yang bakal diambil. 

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, adalah wajar untuk Ramasamy sendiri yang menerangkan perkara itu memandangkan beliau difahamkan Ramasamy memang sebelum ini aktif menyertai misi keamanan di Sri Lanka atas kapasiti akademik.

"DAP minta Ramasamy berikan penjelasan kepada parti untuk kita teliti, menurut saya lebih sesuai untuk Ramasamy memberi penjelasan sejelas-jelasnya kepada mana-mana pihak yang inginkan penjelasan. Malah, saya percaya beliau akan dapat jawab," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy.

Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy itu kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwinan. - Bernama