Pengurus Unit Rentas Ambank di Wisma Amfirst, Petaling Jaya, Wedani Senen, 45, berkata, transaksi itu melibatkan kiriman wang dari syarikat di Singapura dan Seychelles.

Beliau berkata, wang itu dikirim oleh dua syarikat, iaitu Blackrock Commodities Global Limited dari Singapura dan Vista Equity International Partners dari Seychelles.

Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata demikian bila diperiksa semula oleh pendakwa ad hoc Datuk V. Sithambaram pada hari ke-37 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung pelesapan wang RM42 juta dari dana SRC International Sdn. Bhd. 

Ahli bank itu berkata, dua transaksi itu menyenaraikan pemindahan wang itu ke dalam akaun bekas Perdana Menteri sebagai 'pinjaman'. -Bernama