Perkara ini didedahkan oleh Naib Presiden Kanan Ambank bertanggungjawab bagi "credit card authorisation and fraud management" Yeoh Eng Leong, 58, pada hari ke-37 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.

Saksi itu berkata, berbelanja sakan itu berlaku pada 8 Ogos, 2014.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed. - Bernama