Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim khas itu dijangka memberi manfaat kepada seluruh warga PDRM yang menjadi anggota  Koperasi PDRM, bakal pesara yang berusia 55 tahun serta pesara polis untuk jaminan masa hadapan mereka.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk kerja-kerja pembaikan di seluruh kuarters Pulapol, Kuala Lumpur.
"Gunalah peruntukan ini sama ada untuk memperbaiki lif atau apa jua kerosakan di kawasan ini," katanya. - Bernama