Beliau bagaimanapun berkata, kebanyakan pihak berkenaan masih dalam kawalan Kementerian Kewangan dan tiada kaitan dalam skandal 1MDB sebaliknya hanya menerima wang tersebut.

"Ada penerima lain melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang memperoleh wang ini.

"Tetapi sebagai penerima, mereka tahu punca wang tersebut kerana cek ada nama 1MDB tetapi (mereka) tidak terlibat dalam kegiatan jahat Jho Low dan Arul Kanda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng menggesa pihak terbabit mengembalikan wang yang terima sama ada daripada Yayasan 1MDB atau kelab kebajikan 1MDB kepada kepada kerajaan.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian bagi mengelakkan akaun masing-masing daripada dibekukan oleh SPRM.

“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau kelab kebajikan 1MDB, mereka harus kembalikan wang tersebut kepada kepada kerajaan.

"Bila SPRM keluarkan senarai, akaun akan dibekukan, jadi dengan cara ini (kembalikan wang), ia lebih memudahkan," katanya. - K! ONLINE