Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa menerusi catatan tersebut, pemilik media sosial itu memuat naik gambar Wan Azizah bersama ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dengan kapsyen: "Selepas Azmin Ali dimasukkan ke hospital, tiba giliran Wan Azizah Ismail".

"Gambar yang disertakan dengan kapsyen palsu itu adalah gambar lama.

"Timbalan Perdana Menteri merasmikan Tasputra Perkim pada pagi ini dan juga meluangkan masa berkomunikasi bersama pihak media di majlis itu," jelas kenyataan itu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa catatan tersebut disertakan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menggunakan "penyakit" Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai alasan untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. - Bernama