Menurut kenyataan yang dikeluarkan TNB menerusi saluran media sosial Facebook, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian dan menyifatkan perkara tersebut sebagai palsu serta tidak berasas.

“Selain itu, tiada warga kerja TNB seperti yang dinamakan di dalam kenyataan berkenaan dan kami menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Mesej palsu tersebut meminta agar pemilik kenderaan untuk membuka tingkap sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus ketika meletakkan kenderaan di bawah panas matahari melebihi tempoh dua jam.

Jelas mesej itu, sekiranya cermin ditutup rapat ia bakal menyebabkan tekanan suhu tinggi yang berisiko mengakibatkan keretakan pada cermin selain tangki minyak meletup dan kebakaran kereta. - K! ONLINE