Beliau berkata, logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.

"Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang (baharu) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan prestasi sesebuah negara.

"Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang, jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur," katanya pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

Mahathir tiba di Tokyo semalam untuk lawatan kerja tiga hari. - Bernama