Ketua Pegawai Eksekutif, Hishammudin Hasan berkata, cukai soda merupakan sebahagian daripada keseluruhan usaha pendidikan untuk syarikat mengeluarkan gula yang lebih sihat.

"Cukai soda bukan sesuatu yang baharu...di Eropah, mereka yang mengenakan cukai soda dan kerajaan kita akan melaksanakannya dengan matlamat supaya rakyat Malaysia mempertimbangkan pilihan dalam pengambilan gula," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran gula rendah glisemik Better Brown di sini, hari ini.

Hishammudin berkata, CSR akan menyokong kerajaan dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta mendorong rakyat Malaysia mempertimbangkan pilihan mereka, sebagai usaha yang selaras dengan nilai syarikat.

"Kami mempamerkan peringatan mengenai pengambilan gula secara bertanggungjawab pada pek gula kami. Oleh itu, apa sahaja yang kerajaan laksanakan dengan matlamat menguruskan pengambilan gula, mengalakkan rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab mengenai apa yang mereka ambil, kami memberi sokongan penuh," katanya.

Hishammudin berkata, Better Brown, yang pertama di Malaysia dan Asia, merupakan produk pemanis lebih sihat yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Berdasarkan kadar GI yang rendah, gula akan dihadam, diserap dan menjalani proses metabolisme secara perlahan-lahan, dan membawa kepada peningkatan pada kadar lebih rendah dan perlahan bagi glukosa darah, sekali gus membantu pengguna mengekalkan tenaga lebih lama dan mengekang ingin kelaparan.

"Kami sentiasa mencari teknologi untuk menapis gula demi kesihatan rakyat Malaysia.
"Tidak semuanya mengenai wang, apabila anda mengurus perniagaan dengan niat yang baik, mengimbanginya dengan pengguna, dan awam, semuanya akan menjadi lebih baik," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, syarikat itu tidak memikirkan untuk mengeksport produk tersebut, sebaliknya kekal tertumpu kepada pasaran domestik agar rakyat Malaysia akan dapat mengambil gula yang lebih baik.

"Bagaimanapun, kami mempunyai rancangan untuk mengeksport melalui ejen utama di negara lain. Apabila mereka memperolehi permintaan pasaran, kami akan menjadikan Malaysia sebagai pusat penapisan Better Brown," katanya.

Mengenai harga runcit RM3.80 sekilogram untuk Better Brown, beliau berkata harga itu tidak akan berkurangan dalam tempoh terdekat, kerana CSR menunggu reaksi pengguna terhadap produk itu kerana ia memadai dan mempunyai kos kesihatan.

"Perbezaan 30 sen berbanding gula perang biasa (RM3.50 sekilogram) adalah kerana manfaat kesihatan yang berpotensi untuk kegunaan keluarga," katanya. - Bernama