Pengarah Pemasarannya, Low Bee Yin berkata, pelaksanaan cukai itu memberikan kuasa pembeli kepada pengguna yang turut mendatangkan keuntungan kepada para peniaga.

Menurut Bee Yin, bagi menyokong usaha kerajaan itu, Courts telah melancarkan penurunan harga sebanyak enam peratus bagi setiap item di cawangan itu di seluruh negara sejak 16 Mei lalu.

"GST adalah cukai yang dikenakan terus kepada pengguna. Apabila kerajaan memansuhkannya maka secara tidak langsung kuasa membeli kembali kepada pengguna.

"Para peniaga juga mendapat manfaat dan pemansuhan cukai ini tidak merugikan kami (peniaga)," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE