Meskipun tewas pada set pertama, namun bekas pemain No.1 dunia itu tidak mudah mengaku kalah apabila bangkit pada dua set berikutnya, sekali gus menyumbang pingat emas keenam kontinjen negara.

Kemenangan itu juga menyaksikan Chong Wei berjaya menebus kekalahan kepada Srikanth dalam acara berpasukan campuran minggu lalu di mana India memenangi pingat emas.

Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo kini sedang menggalas misi negara dalam memburu pingat emas ketujuh Malaysia pada Sukan Komanwel kali ini. - K! ONLINE