Kekalahan Jepun yang dibimbing oleh lagenda Korea Selatan, Park Joo Bong telah gagal mengulangi kejayaan pasukan wanitanya semalam yang berjaya menjulang Piala Uber selepas menewaskan tuan rumah Thailand 3-0.

Beregu kedua, Li Junhui-Liu Yuchen menjadi wira buat skuad China apabila menghadiahkan mata kemenangan selepas berhempas pulas untuk mengalahkan pasangan Keigo Sonoda-Yuta Watanabe.

Beregu China itu bermula dengan langkah kiri apabila tumpas pada set pertama 17-21 sebelum bangkit 21-19 dalam set kedua dan seterusnya mencipta kemenangan 22-20 dalam rubber set.

Pada aksi pembukaan, juara Olimpik, Chen Long gagal memberikan mata pertama selepas tewas dalam straight set 9-21, 18-21 kepada pemain nombor 12 dunia, Kento Momota dalam pertarungan selama 62 minit. - Bernama