Susulan majlis itu, dijangkakan ada dalam kalangan mereka kemudiannya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain Chin Tong dan Waytha Moorthy, enam lagi ialah Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Marzuki Yahya; pakar forensik kewangan, Mohd. Radzi Md. Jidin dan Datuk Ismail Ibrahim.

Kesemua mereka dipilih oleh kerajaan pusat manakala Datuk Hussain Awang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan Asmak Husin oleh DUN Kelantan. - Bernama