Beliau berusia 61 tahun.

Bourdain ditemui mati di sebuah bilik hotel di Strasbourg, Perancis yang merupakan lokasi kerjanya untuk episod akan datang dalam program tersebut, kata wakil CNN dalam satu kenyataan.

Kematiannya berlaku tiga hari selepas pereka fesyen kelahiran AS, Kate Spade, yang membina empayar fesyen bagi beg tangan signaturnya, ditemui mati akibat bunuh diri di apartmennya di New York pada hari Selasa lalu.

Profil Bourdain mula melonjak pada tahun 1999 selepas majalah New Yorker menerbitkan artikelnya bertajuk ‘Jangan Makan Sebelum Membaca Ini’ yang kemudiannya dibukukan pada tahun 2000 dengan judul ‘Rahsia Dapur: Pengembaraan dalam bidang kulinari’.

Beliau seterusnya diundang menjadi hos program televisyen, pada awalnya di saluran kabel Food Network dan The Travel Channel, sebelum menyertai CNN pada tahun 2013. - Agensi