Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian dilaporkan berlaku selepas hujan turun hampir sejam.

"Angin kuat menyebabkan cermin di dewan menunggu Stesen Kereta Api Bukit Mertajam tumbang. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

"Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang laporan kecederaan mahupun kemalangan jiwa berikutan tiada mangsa semasa kejadian berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Difahamkan, hujan dilaporkan telah berhenti pada pukul 3 pagi dan kejadian banjir yang berlaku di beberapa  kawasan di daerah SPT dikatakan mulai surut sekitar pukul 6 pagi tadi. - K! ONLINE