Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md. Eusoff mengeluarkan perintah berkenaan kira-kira pukul 11.15 pagi selepas tempoh reman selama lima hari terhadapnya tamat hari ini.

Beliau yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.30 pagi dilihat mengenakan baju kemeja dan berseluar panjang sambil diiringi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, CEO kepada sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) ditahan  ketika hadir ke pejabat agensi itu Jumaat lalu untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan rasuah berjumlah kira-kira RM3 juta.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997. - K! ONLINE