Sebagai rekod, Sala yang dibeli dengan nilai £15 juta (RM78.8 juta) daripada pasukan Liga Perancis, Nantes pada bulan lalu telah mengalami tragedi malang apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Selat Inggeris.

“Kami melahirkan rasa simpati selepas pihak berkuasa memaklumkan bahawa mayat yang ditemui dalam bangkai pesawat itu adalah Emiliano Sala.

“Saya harap keluarganya dan keluarga juruterbang, David Ibbotson tenang menghadapi dugaan ini. Kami akan sentiasa membantu mereka sekiranya diperlukan,” katanya kenyataan tersebut.

Sebelum ini, pengurus pa­sukan Cardiff, Neil Warnock mengakui terfikir untuk bersara serta-merta daripada dunia bola sepak selepas tragedi malang itu.

“Sejak lebih 40 tahun berke­cimpung dalam dunia kejurulatihan, ini adalah detik paling sukar dalam karier saya sehingga membuatkan saya terfikir untuk bersara dalam masa terdekat,” katanya.

Cardiff dijadualkan bertemu dengan Southampton di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana England esok. – Agensi