Pada 9.07 pagi hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.15 mata kepada 1,702.30 daripada 1,694.15 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 12.87 mata lebih tinggi kepada 1,707.02 pada pukul 9 pagi.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 158 berbanding 83, manakala 170 kaunter tidak berubah, 1,515 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 122.16 juta unit bernilai RM68.0 juta.

Public Investment Bank Bhd. dalam nota hari ini menyambut baik pelantikan Nor Shamsiah memandangkan beliau telah berkhidmat lama dengan bank pusat, selain menjadi antara timbalan gabenor semasa BNM diterajui Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Zeti merupakan Gabenor BNM ketujuh. - Bernama