Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,784.45, turun 1.36 mata, selepas dibuka 2.09 mata lebih tinggi kepada 1,787.90 berbanding 1,785.81 sewaktu ditutup pada Khamis.

Bagi pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 132 berbanding 109, manakala 160 kaunter tidak berubah, 1,498 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 155.96 juta saham bernilai RM49.12 juta.

Peniaga berkata, indeks barometer itu mungkin mencatatkan pergerakan  mendatar hari ini dengan paras sokongan dijangka antara 1,780 dan 1,750 mata.

Ini kerana prestasi bercampur-campur semalaman yang direkodkan di pasaran dunia dilihat tidak mencukupi  untuk melonjakkan sentimen pasaran tempatan yang mengalami tekanan jualan asing sejak akhir-akhir ini, katanya. - Bernama