Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.01 mata kepada 1,811.57 berbanding 1,813.58 pada penutupan semalam.

Indeks dibuka 0.83 mata lebih rendah pada 1,812.75.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 117 berbanding 114, manakala 174 tidak berubah, 1,468 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 872.61 juta unit bernilai RM25.86 juta.

Maybank Investment Bank Bhd. dalam notanya berkata, indeks utama dijangka didagangkan antara 1,800 dan 1,820 hari ini dengan sokongan menurun pada 1,810 dan 1,800 selepas susut 6.08 mata, selari prestasi rakan serantau.

Bagi saham wajaran tinggi, PBBank menokok dua sen kepada RM25.14, Maybank dan Tenaga masig-masing turun dua sen kepada RM10 dan RM15.68, manakala PChem dan CIMB masing-masing susut satu sen kepada RM9.50 dan RM6.09.

Antara saham untung, PanaMY meningkat dua sen kepada RM40.40, Airport (MAHB) naik 11 sen kepada RM9.38, Pos melonjak sembilan sen kepada RM3.49 dan PetronM menokok lapan sen kepada RM8.75.

Antara saham aktif, Vizione menokok setengah sen kepada 14 sen, Tiger turun setengah sen kepada 7.5 sen, BornOIl, Matang, Vivicom dan DGSB masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen, 7.5 sen, 2.5 sen dan tujuh sen.

Indeks FBM Emas merosot 11.99 mata kepada 12,660.01, Indeks FBMT 100 turun 12.42 mata kepada 12,474.01, FBM 70 turun 9.45 mata kepada 15,075.19, dan Indeks FBM Ace merosot 5.43 mata kepada 5,157.43.

Indeks FBM Emas Syariah turun 23.31 mata kepada 12,731.37.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 8.15 mata kepada 17,956.60, manakala Indeks Perusahaan turun 2.83 mata kepada 3,213.72 dan Indeks Perladangan turun  24.01 mata kepada 7,495.30. - Bernama