Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 2.25 mata kepada 1,638.75 selepas dibuka 3.26 mata lebih tinggi pada 1,639.76.

Indeks ditutup 12.83 mata lebih tinggi pada 1,636.50 semalam.

Bagi kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 145 berbanding 106, manakala 148 kaunter tidak berubah, 1,526 tidak diniagakan dan 63 lagi  digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 96.69 juta bernilai RM52.11 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam kenyataan berkata sentimen positif telah membantu merangsang prestasi indeks utama, bagaimanapun menjangkakan indek utama semakin menghampiri kedudukan terlebih beli meskipun beberapa isyarat bagi penarikan balik belum ada.

"Kami menyaksikan keuntungan berikutan aktiviti belian semasa harga rendah tetapi indeks utama menyusut ke bawah paras 1,600 mata. Masih tidak dapat dijangka tahap kekuatan yang mampu dihadapi indeks utama selepas pusingan semasa keuntungan dalam persekitaran pasaran ekuiti global masih berhati-hati yang dilihat akan menyaksikan keadaan turun naik berterusan," katanya.

Oleh itu, keuntungan baru-baru ini dijangka tidak berterusan dan keadaan turun naik bakal kembali, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH menokok 11 sen kepada RM5.59, Sime Darby Plantation naik lapan sen kepada RM4.64, Digi meningkat sembilan sen kepada RM4.84 dan Public Bank menokok empat sen kepada RM23.64.

Bagi saham yang didagangkan secara aktif, PCCS menokok enam sen kepada 50.5 sen dan warannya naik empat sen kepada 25.5 sen, DRB-Hicom naik 19 sen kepada RM2.17 tetapi Dayang turun empat sen kepada RM1 dan Sapura Energy susut satu sen kepada 29 sen sen.

Indeks FBM Emas naik 5.739 mata kepada 11,4923.22, Indeks FBMT 100 meningkat 7.940 mata kepada 11,351.06 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 8.189 mata kepada 11,679.55.

Indeks FBM 70 turun 21.18 mata kepada 14,051.28 dan FBM Ace merosot 9.80 mata kepada 4,296.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 10.29 mata kepada 16,777.74, Indeks Produk (amp) Perkhidmatan Perindustrian naik 0.07 kepada 159.36 tetapi Indeks Perladangan turun 16.37 mata kepada 6,827.61. - Bernama