Shamshuri Mohamad, 48,  yang berpakaian lokap, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Dia didakwa melakukan pembunuhan dengan melanggar Yuliana, 40,  dengan kereta jenis Perodua Myvi hingga menyebabkan kematian antara 11.20 pagi hingga 1 tengah hari pada 4 Jun lalu  di kawasan tambak pasir Dataran 1Malaysia Klebang.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Bernama