Beliau berkata, penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

"Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.

"Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya  (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.