Beliau berkata, Ahli Parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Presiden parti itu untuk bertanding turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut. 

"Pukul 11 pagi esok saya akan keluarkan ‘press alert’ mengenai pengumuman ini," katanya selepas melawat keluarga mangsa runtuhan Jambatan Taman Serdang di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, Pilihan Raya Kecil itu tidak akan berlaku di Parlimen Pandan iaitu kerusi dipegang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekarang.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Pas yang telah mengerahkan jenteranya di kawasan itu kerana menjangkakan Anwar akan bertanding bagi kerusi itu.

Beliau berkata, jentera parti itu mungkin bolehlah bekerja dari sekarang untuk memenangi hati rakyat di kawasan itu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

"Saya ucapkan tahniah ke atas Pas atas kerja keras mereka," katanya. - Bernama