Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 5.15 petang tadi.

“Bomba kini sedang mengesan dua kanak-kanak masing-masingnya berusia  12 dan 9 tahun yang dipercayai lemas.

“Dalam pada itu, lima lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan. Kami percaya kesemua mereka datang ke lombong tinggal ini untuk bermandi manda,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, tinjau Kosmo! ke lokasi berkenaan mendapati salah seorang mangsa telah ditemui namun identitinya tidak dapat dipastikan.

Bomba juga dilihat sedang giat menjalankan operasi pencarian di lokasi tersebut yang mana mula dikerumuni orang ramai sejak 6 petang tadi. - K! ONLINE