Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohd. Azam Razlan berusia tiga tahun dikatakan terperangkap ketika bermain seorang diri di lokasi yang menempatkan mesin basuh berkenaan.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.43 pagi.

"Seramai sembilan anggota dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamatkan mangsa. 

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba bertugas segera membantu mengeluarkan kanak-kanak terbabit dalam tempoh tiga minit dari mesin basuh bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku," katanya di sini hari ini.

Menurut Anddre, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil dan diserahkan kepada penjaga untuk ditenangkan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing lemas di dalam sebuah longkang di Taman Raja Wali Batu 7 di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 10.43 pagi itu, mangsa berusia enam tahun berjaya diselamatkan pasukan bomba. - K! ONLINE