Ketua Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi, didapati kaki kiri kanak-kanak tersebut tersepit pada palang kedua tempat duduk di perhentian bas itu.

“Anggota bomba yang terlibat bertindak menggunakan alat peregang untuk meregangkan palang pada tempat duduk itu sebelum kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan lima minit kemudian.

“Hasil siasatan mendapati, insiden tersebut berlaku sewaktu kanak-kanak memasukkan kaki ke dalam kerusi berpalang itu sewaktu sedang menunggu ibunya selepas waktu sekolah agama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Khairuddin, bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pulang ke rumah bersama ibunya.

Jelasnya, operasi menyelamat mangsa tamat kira-kira pukul 12.40 tengah hari. - K! ONLINE