Mayat mangsa, Lim Yi Xuan yang merupakan OKU cacat pembelajaran dan hiper aktif ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian belakang tempat meletak kereta blok berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang tiba di lokasi kejadian.

"Hasil soal siasat keluarga mangsa mengatakan yang anak mereka itu telah memanjat meja yang berada di tepi tingkap yang terbuka lalu terjatuh ke bawah," katanya. - K! ONLINE