Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang berkata, penemuan buaya tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

"Perhilitan sedang dalam perjalanan (pukul 10.28 malam tadi) untuk menangkap buaya itu selepas mendapat laporan penduduk.

"Saya dimaklumkan, penduduk di sini menyedari kehadiran buaya itu sejak pukul 8.30 malam tadi," kata beliau.

Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama reptilia berkenaan dilihat berenang di tali air perumahan tersebut yang mengalir ke Sungai Kuantan di sini. - K! ONLINE