Mangsa, Sally Juparin, 25, dikatakan hilang selepas bot yang dinaikinya terbakar sebelum dijumpai terdampar di kawasan pantai Pulau Kuraman dekat sini petang kelmarin.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Jimran Lilang, 18, ditemui selamat oleh nelayan tempatan.

Pengarah APMM Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, Jimran memberitahu bahawa Sally telah dibawa arus selepas bot mereka terbakar.

"Difahamkan, kedua-dua mangsa keluar memancing pada pukul 10 pagi Ahad lalu, namun sebaik tiba di perairan Pulau Rusukan Besar, enjin bot mereka terbakar.

"Lantas mereka bertindak terjun dari bot dan berenang ke pantai berdekatan. Malangnya, Sally hanyut dibawa arus deras dan hilang sehingga hari ini," katanya hari ini.

Tambah Che Adnan, selain PPM PPM Brunei, operasi SAR turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan. - K! ONLINE