Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun itu bernasib baik kerana sempat keluar dari bot kargo mereka dan berenang ke Pulau Tenggol dekat sini untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Rahim Ramli berkata, sewaktu kejadian, bot kargo,  Rezeki Mulia 1 yang sarat dengan muatan kelapa itu dalam perjalanan ke Narathiwat, Thailand dari Tambilahan, Riau, Indonesia.

"Mereka berlepas dari pelabuhan Riau pada 30 Disember lalu dan sepatutnya dijadualkan tiba di Narathiwat pada semalam.

"Begitu pun, sistem pam air kapal kargo itu mengalami kerosakan yang menyebabkannya hampir karam sewaktu berada pada kedudukan kira-kira 13 batu nautika dari Pulau Tenggol dekat sini," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE