Kemenangan tersebut diraih ketika London dan Brussels berdepan kebuntuan dalam isu Brexit dan ketegangan diplomatik dengan Teheran.

Bekas Datuk Bandar London itu dengan mudah menewaskan pencabarnya, Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt pada sesi pengundian perwakilan Parti Konservatif.

Beliau memperoleh 92,153 undi berbanding  46,656 undi yang diperoleh Hunt.

Johnson, 55,  dijangka menghadap Ratu Elizabeth II dan menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Britain tengah hari esok selepas penyandang terdahulu, Theresa May menghantar surat peletakan jawatannya. - AFP