Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Borhan yang sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau menyertai perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Borhan , 59, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi dan Sosiologi) (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari University of Hartford, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Setiausaha Persekutuan Sabah, JPM. - Bernama