Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keiichi Yasuda berkata, keyakinan itu berdasarkan permintaan yang kukuh dalam segmen cub pada masa ini.

"Selama bertahun-tahun, pasaran cub dengan kapasiti silinder (cc) yang tinggi telah berkembang dengan semakin kompetitif dan mencabar susulan permintaan pelanggan yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran model motosikal baharu itu di sini hari ini.

Yasuda berkata syarikat turut menjangka model itu akan menyumbang 25 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat pada tahun ini.

"Dash 125 serba baharu itu menampilkan beberapa penambahbaikan dengan nilai tambah daripada model sebelumnya dan dilengkapi dengan jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000 km untuk memastikan pelanggan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

"Kami menawarkan harga berpatutan antara RM5,999 dan RM6,499 seunit," katanya.

Ditanya mengenai bahagian pasaran syarikat, Yasuda berkata, ia diunjurkan meningkat dua hingga tiga peratus daripada 25 peratus pada masa ini, didorong oleh beberapa model baharu dan wajah baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini. - Bernama