Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sebanyak RM450 akan diberikan kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah.

Menurutnya, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa penjawat awam bakal menikmati bantuan khas atau bonus sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. - K! ONLINE