Katanya, jumlah bonus yang ditetapkan adalah berdasarkan budi bicara penerbit.

"HKL adalah salah sebuah filem yang telah melangkau jangkaan sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Bagaimanapun, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi," katanya kenyataan itu.  

Tambahnya, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25 peratus melalui cukai hiburan.

"Daripada jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pempamer sebanyak 40:60. Jumlah 40% itu pula, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai,” ujar kenyataan itu. 

Isu pembayaran bonus menjadi panas selepas pelakon utama HKL, Awie dan Dalimawati tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan bayaran bonus yang diterima.

Ia dianggap tidak setimpal dengan kutipan filem berjumlah RM38 juta setelah mencatat jualan pecah panggung. - K! ONLINE