"Mesyuarat Exco hari ini telah meluluskan pemberian imbuhan atau bonus Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan oleh kerajaan pusat. Cuma jumlahnya mungkin lebih dan tidak semestinya sama seperti yang dijanjikan kerajaan (pusat) terdahulu," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di sini hari ini. 

Negeri Sembilan mempunyai kira-kira 4,000 penjawat awam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan yang akan dibayar pada 6 Jun ini. - Bernama