Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairulizam Mazelan berkata, haiwan berukuran kira-kira satu meter lebar dan 0.7 meter panjang itu ditemui oleh petugas SJTJ yang melakukan rondaan di lokasi tersebut.

"Kami terima panggilan pada pukul 11.46 pagi dan tiba di SJTJ kira-kira tiga minit kemudian. Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bersama sebuah jentera digerakkan bagi memberi bantuan.

"Pemeriksaan anggota kami mendapati terdapat seekor penyu dipercayai telah terperangkap selama kira-kira 15 minit pada penghadang sampah tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Hairulizam berkata, dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson menggunakan tali dan jaket keselamatan memasuki saliran air tersebut untuk mengambil penyu berkenaan.

Menurut beliau, usaha mengeluarkan penyu itu dari tempat penghadang sampah tersebut dengan menggunakan tali dan beg plastik mengambil masa kira-kira setengah jam.

Jelas beliau, haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke laut selepas pemeriksaan mendapati penyu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Penyu itu dilepaskan di kawasan pantai yang terletak kira-kira 200 meter dari penghadang sampah tersebut. Haiwan itu kemudian bergerak memasuki laut. Kami tidak pasti jantina penyu itu," katanya. - K! ONLINE

Haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke laut selepas pemeriksaan.
Haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke laut selepas pemeriksaan.