Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, pasar raya adalah bangunan yang paling banyak diperiksa iaitu 40 buah selain hotel, hospital dan tempat-tempat tumpuan ramai.

Beliau berkata, aspek keselamatan perlu dilihat lebih khusus bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik kerana ia bakal menjadi lokasi tumpuan termasuk perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Nazili berkata demikian kepada  pemberita selepas Program Jalinan Mesra dan Berbuka Puasa Bersama Anggota Bertugas serta anak-anak yatim di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu di sini, malam tadi.

Mengenai keselamatan jalan raya terutamanya di kawasan pintu masuk utama ke negeri ini seperti Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan. - Bernama